WEEK 5 : PEMBIAKAN TAMPANG / KERATAN BATANG
- wequeenofnature
- Mar 4, 2020
- 2 min read
Updated: Jul 1, 2020

Pada minggu ke 5, kami didedahkan mengenai keratan batang melalui kaedah Pembiakkan Tampang. Tujuan utama keratan batang ini adalah untuk memperbanyakkan lagi pokok baru dengan kaedah mudah dan cepat. Keratan yang dipilih perlulah bebas daripada apa apa serangan penyakit serta haiwan perosak.
Keratan batang haruslah berdiameter 1cm hingga 1.5cm. Terdapat 3 jenis keratan batang iaitu keratan kayu lembut, keratan kayu sederhana dan keratan kayu keras. Manakala untuk pembiakkan tampang pula adalah pembiakkan yang menggunakan bahagian vetatif tumbuhan iaitu :
1. Bunga
2. Batang
3. Akar
4. Spera
5. Anak pokok
6. Daun
7. Buah

Rajah menunjukkan Jenis Keratan
Keratan Kayu Lembut
Diambil pada bahagian pucuk
Kulit kayu berwarna hijau dan lembut
Daun bahagian bawah dibuang
Contoh, jejari hantu (Alternanthera elliptica)
Keratan Kayu Sederhana
Diambil pada bahagian dahan kayu sederhana
Kulit kayu berwarna perang kehijauan
Daun bahagian atas dibiarkan
Contoh, bunga raya (Hibiscus rosa sinensis)
Keratan Kayu Keras
Diambil daripada bahagian berkayu, keras dan matang
Kulit kayu berwarna perang
Semua daun dibuang
Contoh, Angsana (Pterocarpus idikus)
Menyemai Keratan Batang melalui Kaedah Pembiakan Tampang :
Celupkan pangkal keratan batang ke dalam penggalak akar
Jentikkan keratan batang perlahan- lahan untuk penggalak akar yang berlebihan
Buatkan lubang penanaman ke atas polibeg sedalam 2-3 cm
Masukkan keratan batang ke dalam polibeg yang telah dimasukkan medium kedalamnya dan padatkan di sekelilingnya.
Siram dan letakkan ke tempat yang teduh
PENGGALAK AKAR
Peralatan yang digunakan

Inilah keratan batang yang telah dicelup dengan Pengalak Akar

Setelah itu, tanamkan ia di dalam polybag

Inilah hasil keratan batang yang telah dilaksanakan
Apakah pelbagai jenis media tumbuh yang digunakan untuk keratan?
• Campuran gambut dan lumut - Pengekalan kelembapan yang baik namun memberikan pengudaraan yang baik
• Vermikulit - Pengekalan kelembapan yang baik
• Pasir - Pengudaraan yang baik
• Campuran pasir dan lumut gambut - Campuran pengekalan kelembapan dan pengudaraan yang baik.
Comentarios