WEEK 4 : PENANAMAN SEMULA
- wequeenofnature
- Mar 4, 2020
- 1 min read
Updated: Jul 1, 2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Pada minggu ke empat ini. Kami diberikan untuk melakukan penanaman semula atu pemasuan semula.
Apakah Pemasuan Semula atau Penanaman Semula (RE- POTTING)?
pemasuan semula merupakan satu kaedah untuk menukarkan medium tanaman di dalam pasu atau bekas tanaman yang lebih besar. Tanaman hiasan ini boleh dijalankan pemasuan semula apabila kita dapati pokok tersebut telah berumur dan tidak subur
Penanaman ini memerlukan media campuran seperti:-
1. Tanah
2. Baja organik
3. Pasir
4.Cocopeat

Disini, En Faris menerangkan serba sedikit mengenai pemasuan semula yang akan dilakukan sebentar lagi.

Ia menggunakan nisbah 3:2:1 (Tanah : Baja Organik : Pasir) yang mampu membekalkan nutrien, mineral yang cukup.
Antara tujuan pemasuan semula adalah untuk memudahkan pokok dapat nutrien baru. Contohnya, air, cahaya matahari dan ruang yang lebih besar untuk tumbuhan membesar.
_________________________________________________________________________
Kemudian, Puan Salina meminta kami untuk mencari 3 jenis pokok atau hiasan tanaman yang berada di taman mini. Sebelum itu, kami mengambil cangkul untuk menggembur semula tanaman untuk diletakkan di dalam pasu. Setelah itu,kami mencari pasu yang bersesuaian dengan saiz media tanaman yang dipilih tadi.

Setelah itu, kami semua mencari batu untuk menutup lubang di dalam pasu supaya tanah tidak terkeluar apabila disiram. Lalu kami meletakkan medium campuran yang telah dicampurkan setengah daripada pasu dan membersihkan akar sebelem melakukan pemasuan semula. Akhir sekali, setelah tanah berjaya menutup hampir ke seluruh pasu, kemudian letakkan cocopeat di atas media tadi supaya rumpai tidak tumbuh berkeliaran.
Penjagaan pemasuan semula sangat penting untuk dijaga kerana ia sedikit sensitif.
Kami bersama media tanaman hiasan yang telah siap dipindahkan!
Comments