top of page

WEEK 2 : PENYEDIAAN DAN BINAAN BATAS

  • Writer: wequeenofnature
    wequeenofnature
  • Mar 4, 2020
  • 1 min read

Updated: Jul 1, 2020


ree

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.Pada minggu kedua ini, kami mula untuk mengenali peralatan kebun di ladang.


Antara alatan yang digunakan ialah, seperti rajah dibawah:-


ree

Kemudian, kami telah diberi sedikit taklimat mengenai pembinaan BATAS TANAMAN (Raising plants bed) adalah satu keperluan didalam kerja-kerja awal proses penyediaan tanah sebelum kerja menanam. Membuat batas tanaman adalah aktiviti untuk menaikkan atau meninggikan tanah untuk ditanam diatas batas dimana ia adalah bertujuan untuk mengelakkan dari air bertakung, menambah kesuburan tanah dengan meningkatkan pengudaraan tanah, dapat memudahkan kawalan rumpai, aktiviti penyiraman dan juga bertujuan untuk aktiviti kawalan penyakit.



ree

ree



Apa yang saya dapati, kebanyakan tanaman sayuran dan tanaman jangka pendek lain (cashcrop) mempunyai sistem pengakaran yang cetek dan mudah rosak jika ia terendam di dalam air (waterlogged). Sebaiknya tanaman ini perlu ditanam di atas batas yang mana membolehkan terdapat kawasan zon akar (root zones) yang sesuai untuk akar menyerap nutrien dan air serta udara bagi proses tumbesaran pokok.





Disini, kami sangat mementingkan aspek saiz iaitu lebar dan panjang untuk membuat batas. Pada dasarnya, kami telah bersatu padu untuk mengukur dan bahagi batas-batas mengikut nama pelajar menggunakan pita pengukur. Setelah mengukur lebar dan panjang batas masing-masing, kami semua menggembur tanah dan mencabut semua rumput bagi mengelakkan rumpai tumbuh berkeliaran. Apa itu rumpai? Rumpai adalah sejenis makhluk yang tidak diundang, contohnya apabila kita menanam sawi, terdapat rumput yang turut tumbuh di sekitar tanaman dan ia boleh merosakkan tanaman yang di tanam.



Oh ya sebelum itu,antara tanaman yang bakal di tanam ialah sawi putih atau pak choy, bayam merah dan kailan.


Comments


© 2023 by Shades of Pink. Proudly created with Wix.com

bottom of page