WEEK 3 : SEMAIAN, MEMBAJA & MENYEDIA MEDIUM
- wequeenofnature
- Mar 4, 2020
- 2 min read
Updated: Jul 1, 2020

Pada minggu ke-3, kami telah melakukan aktiviti semaian biji benih dan membaja selepas selesai membuat pembinaan batas yang kemas dan cantik. Seperti yang diarahkan oleh Puan Salina dan Encik Faris, kami dibahagikan kepada 3 bahagian untuk 3 jenis sayur iaitu sayur kailan, bayam merah dan sawi putih. Setiap bahagian mempunyai 6 batas untuk satu jenis sayur.
Terdapat 2 jenis baja iaitu:
Baja Organik
Baja Kimia
Baja organik ialah baja yang terhasil daripada benda hidup yang wujud secara semulajadi di alam kita. Antara contohnya adalah najis haiwan seperti tahi ayam, arnab, kambing, lembu dan kuda dan kompos. Baja kompos terhasil daripada penguraian bahan-bahan organik seperti sisa-sisa tanaman. Pada akhir proses penguraian ini akan menghasilkan bahan yang berwarna perang kehitaman dengan bau seperti tanah yang dinamakan kompos.
Manakala baja kimia adalah baja yang dihasilkan menggunakan campuran bahan kimia dan bukan organik contohnya campuran bahan yang mengandungi asid sulfurik dan gas ammonia dalam pembuatan baja ammonium sulfat. Melalui tindak balas kimia, bahan tersebut berubah kandungan dari segi atom dan molekul lalu membentuk bahan baharu iaitu ammonium sulfat. Baja kimia ini mengandungi dua unsur iaitu nitrogen dan sulfur.

Menuang baja ke dalam baldi untuk dibawa ke batas.

Meratakan baja ke seluruh tanah.
Setelah selesai mendengar taklimat tentang baja, kami terus bergerak untuk menyemai biji benih yang telah diberi sedikit seorang untuk ditabur di atas tanah yang telah dibaja seminggu yang lalu dan kami menggunakan kaedah tabur terus. Sebelum itu, kami perlu melakukan penjarangan biji benih supaya sayur yang tumbuh tidak terlalu rapat dan mudah mengenalpasti biji benih yang sudah ditabur. Biji benih perlulah dicampurkan dengan pasir iaitu bernisbah 1:10.

Melakukan campuran pasir dan biji benih dengan nisbah 1:10.

Gaulkan sehingga sekata campuran tersebut.

Menabur biji benah secara tabur terus ke atas batas.
Seterusnya, kami diarahkan untuk membuat sungkupan pada batas masin-masing. Tujuan sungkupan adalah untuk mengelakkan biji benih mendapat cahaya terus dari matahari. Kami menggunakan net hitam yang telah disediakan untuk dijadikan sungkupan pada batas masing-masing. Apabila sungkupan dan semaian sudah disiapkan, sayuran perlulah disiram setiap pagi dan petang secara bergilir-gilir oleh pelajar. Sungkupan perlulah dibuka apabila sayuran sudah sedikit besar dan mampu menerima cahaya matahari terus.


Memasang sungkupan menggunakan net hitam yang disediakan.
PENYEDIAAN MEDIUM
Seterusnya kami diajar untuk melakukan penyediaan medium. Medium adalah bahan yang digunakan untuk menyemai bijih benih dan menanam pokok. Antara nisbah yang digunakan ialah 3:2:1 (tanah:baja organik:pasir). Fungsi bahan medium ialah tanah untuk mengukuhkan tumbuhan, baja organik untuk membekalkan nutrien serta berupaya menyimpan air dan membaiki struktur tanah, dan pasir pula untuk memastikan saliran dan pengudaraan yang baik.

Menyediakan bahan medium.
Comments